hiroshima

Tuesday, October 12, 2010

peranan media dalam menghayati ramadhan

1 comment:

  1. Sempena bulan Ramadhan tahun ini, apa yang dapat kita lihat, peranan media masih belum mampu membawa pendekatan-pendekatan yang sepatutnya terhadap pengguna media. Media gagal memberikan motivasi yang baik kepada masyarakat, khususnya umat islam dalam menghayati bulan Ramadhan yang dianggap bulan mulia. Hal ini dapat dibuktikan melalui tayangan atau siaran yang pernah kita tonton di kaca televisyen adalah tidak sensitiviti dan tidak sesuai disaiarkan pada bulan Ramadhan. Hal ini dibuktikan apabila Majlis Ugama Indonesia (MUI) mendapati bahawa 11 rancangan televisyen disiarkan sepanjang 10 hari Ramadhan tidak bersesuaian dengan bulan suci umat Islam, antara tayangan tersebut termasuklah Fiesta Buka Puasa(ANTV), Inbox(SCTV), Layar kemilau dan lain-lain. Dalam hal ini, hasil pemantauan mereka 11hb-12hb Ogos, masih banyak tayangan yang memperlihatkan kekerasan fizikal dan psikologi sepanjang Ramadhan. Kekerasan fizikal yang dimaksudkan termasuklah adegan memukul dan menyakiti seseorang. Biasanya perkara ini berlaku dalam program rancangan komedi. Manakala, kekerasan psikologi pula, termasuklah perbuatan seperti mengejek, menghina dan mencaci juga menerusi tayangan komedi. Namun, tanpa disedari, perbuatan seperti ini pasti ditiru dan menjadi ikutan teruatamanya kanak-kanak. Kesimpulannya, tayangan televisyen seharusnya memenuhi kehendak masyarakat dan menonjolkan pendekatan-pendekatan yang sesuai serta tidak menyentuh perkara-perkara negatif ataupun isu sensitif yang menghuru-harakan keadaan. Sebaliknya, mendidik,menghibur dan memotivasikan pengguna media agar kehormonian dan kesejahteraan dapat dipertahankan.

    ReplyDelete