hiroshima

Thursday, August 26, 2010

DEFINISI MEDIA, BUDAYA DAN MASYARAKAT


DEFINISI MEDIA
Media merupakan perantara mekanikal yang mengandungi, menyimpan dan menyampaikan mesej.


Media massa juga merangkumi institusi yang menggunakan perantara tersebut untuk menyalurkan mesej.



  • Media terdiri daripada dua bahagian iaitu media massa dan media elektronik.

  • Media massa merangkumi surat khabar, majalah, buku-buku dan seumpamanya.

  • Media elektronik pula merangkumi, radio, television, rakaman, dan komputer.


DEFINISI BUDAYA



  • Definisi budaya menurut Kamus dewan merujuk kepada kemantapan cara berfikir, kelakuan dan seumpamanya.

  • Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi, ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

  • Budaya terbahagi kepada dua:

:Budaya kebendaan-peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu,senjata dan seumpamanya.


:Bukan kebendaan-orang Melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo.



  • Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat contohnya , perkahwinan masyarakat Melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan. Manakala bagi masyarakarat India, pihak perempuan yang memberi hantaran kepada pihak lelaki.

  • Dalam hal ini, budaya tidak akan wujud jika tidak ada masyarakat, budaya diamalkan dari genarasi ke generasi( melalui proses menurunkan budaya dan menerima budaya)


DEFINISI MASYARAKAT



  • Definisi masyarakat merujuk kepada kumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

  • Anggota sesebuah masyarakat adalah terdiri daripada individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil.

  • Apabila wujud anggota tersebut, wujud hubungan yang erat antara satu sama lain. Terutamanya melalui hubungan bersemuka, contohnya dalam kegiatan bergotong-royong menyambut sesuatu perayaan secara bersama-sama, menghadiri majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka dan sebagainya.
  • Kekerapan pergaulan ini mampu membina perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, khususnya di Malaysia.

Monday, August 9, 2010

PERSOALAN HARI INI?


ADAKAH BANGSA ADA PADA HARI NI DI WUJUDKAN OLEH ORANG TERTENTU ATAU MEMANG WUJUD DARI ZAMAN DAHULU??

APA YANG SEBENARNYA DIKATAKAN DENGAN BANGSA?

Thursday, August 5, 2010

Utusan Melayu

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Utusan Melayu
Jenis Surat khabar mingguan Isnin
Format Pencetakan
Pemilik Kumpulan Utusan
Penerbit Kumpulan Utusan
Diasaskan
Kecenderungan
politik
Pro-kerajaaan
Bahasa Melayu
Ibu pejabat 46M, Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur, Bendera Malaysia Malaysia (as of 2005).
Edaran 256,247
*Sumber: Audit Bureau of Circulations, 2004
Laman web:

Utusan Melayu merupakan sebuah surat khabar yang diedarkan di Malaysia. Ia berformatkan tulisan jawi. Akhbar ini merupakan sisipan akhbar nasional bagi Utusan Malaysia yang diedarkan setiap hari Isnin. Kandungan yang terdapat di dalam akhbar ini adalah bercirikan berita semasa dalam dan luar negeri, pendidikan jawi, cerpen, hiburan, dan sukan.


Berita Harian

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Berita Harian
Bhlogo.gif
Jenis Akhbar harian
Format Terbitan lebar sehelai
Pemilik Media Prima Berhad
Penerbit Berita Harian Sdn. Bhd.
Penyunting Badrulhisham Othman & Azizi Othman
Diasaskan 1 Julai1957
Ibu pejabat Balai Berita 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur
Laman web: www.bharian.com.my

Berita Harian ialah sebuah akhbar utama berbahasa Melayu di Malaysia. Ia diasaskan pada 1 Julai 1957, tahun yang sama Malaysia mencapai kemerdekaan.[1] Bagi surat khabar keluaran hari Ahad diberi nama Berita Minggu.

Audit Bureau of Circulation (ABC) dari 1 Julai 2004 hingga 30 Jun 2005 yang mempunyai 231,163 edaran. Sementara surat khabar lain, Berita Minggu mencapai 358,054 edaran.

Berita Harian juga merupakan nama kepada akhbar tidak berkaitan bahasa Melayu di Singapura. Ia dijual pada harga S$0.50. Edisi Singapura bagi Berita Harian diubahsuai melalui format dan halaman kulit.

Akhbar Berita Harian

[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

  1. Latar Belakang Berita Harian.

[sunting] Pautan luar


lagu alam..berita kepada kawan