hiroshima

Thursday, August 26, 2010

DEFINISI MEDIA, BUDAYA DAN MASYARAKAT


DEFINISI MEDIA
Media merupakan perantara mekanikal yang mengandungi, menyimpan dan menyampaikan mesej.


Media massa juga merangkumi institusi yang menggunakan perantara tersebut untuk menyalurkan mesej.



  • Media terdiri daripada dua bahagian iaitu media massa dan media elektronik.

  • Media massa merangkumi surat khabar, majalah, buku-buku dan seumpamanya.

  • Media elektronik pula merangkumi, radio, television, rakaman, dan komputer.


DEFINISI BUDAYA



  • Definisi budaya menurut Kamus dewan merujuk kepada kemantapan cara berfikir, kelakuan dan seumpamanya.

  • Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi, ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

  • Budaya terbahagi kepada dua:

:Budaya kebendaan-peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu,senjata dan seumpamanya.


:Bukan kebendaan-orang Melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo.



  • Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat contohnya , perkahwinan masyarakat Melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan. Manakala bagi masyarakarat India, pihak perempuan yang memberi hantaran kepada pihak lelaki.

  • Dalam hal ini, budaya tidak akan wujud jika tidak ada masyarakat, budaya diamalkan dari genarasi ke generasi( melalui proses menurunkan budaya dan menerima budaya)


DEFINISI MASYARAKAT



  • Definisi masyarakat merujuk kepada kumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

  • Anggota sesebuah masyarakat adalah terdiri daripada individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil.

  • Apabila wujud anggota tersebut, wujud hubungan yang erat antara satu sama lain. Terutamanya melalui hubungan bersemuka, contohnya dalam kegiatan bergotong-royong menyambut sesuatu perayaan secara bersama-sama, menghadiri majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka dan sebagainya.
  • Kekerapan pergaulan ini mampu membina perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, khususnya di Malaysia.

No comments:

Post a Comment