DEFINISI MEDIA
Media merupakan perantara mekanikal yang mengandungi, menyimpan dan menyampaikan mesej.
Media massa juga merangkumi institusi yang menggunakan perantara tersebut untuk menyalurkan mesej.
- Media terdiri daripada dua bahagian iaitu media massa dan media elektronik.
- Media massa merangkumi surat khabar, majalah, buku-buku dan seumpamanya.
- Media elektronik pula merangkumi, radio, television, rakaman, dan komputer.
DEFINISI BUDAYA
- Definisi budaya menurut Kamus dewan merujuk kepada kemantapan cara berfikir, kelakuan dan seumpamanya.
- Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi, ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
- Budaya terbahagi kepada dua:
:Budaya kebendaan-peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu,senjata dan seumpamanya.
:Bukan kebendaan-orang Melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo.
- Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat contohnya , perkahwinan masyarakat Melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan. Manakala bagi masyarakarat India, pihak perempuan yang memberi hantaran kepada pihak lelaki.
- Dalam hal ini, budaya tidak akan wujud jika tidak ada masyarakat, budaya diamalkan dari genarasi ke generasi( melalui proses menurunkan budaya dan menerima budaya)
DEFINISI MASYARAKAT
- Definisi masyarakat merujuk kepada kumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
- Anggota sesebuah masyarakat adalah terdiri daripada individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil.
- Apabila wujud anggota tersebut, wujud hubungan yang erat antara satu sama lain. Terutamanya melalui hubungan bersemuka, contohnya dalam kegiatan bergotong-royong menyambut sesuatu perayaan secara bersama-sama, menghadiri majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka dan sebagainya.
- Kekerapan pergaulan ini mampu membina perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, khususnya di Malaysia.
No comments:
Post a Comment