Thursday, October 21, 2010
What is New Media??
Tuesday, October 12, 2010
A : waa,jelesnya...
B : hope aku tak excited sangatla nanti klu aq konvo pla
C : aku mesti nak graduate macam dorang ne
D : tak sabar lagi nak habis 3tahun study ni taw
E : bolehka aku tahan hati 3tahun ni ya?
begitulah antara respon spontan lahir dari naluri student tahun 1..xpa..insyaAllah, selagi hidup,selagi itu berjuang maw graduate..huuu..so,kwn2 jom kita jdikan konvo kali ini sebagai semangat untuk study rjin2 lagi..
Tuesday, September 28, 2010
keberkesanan internet
Faktor mudah atau convenient.
Berita hari ini boleh diperolehi hari ini juga, tak perlu tunggu esok hari.
Interaktif.
Menawarkan audio dan video.
Boleh akses secara global.
Percuma.
Media tradisional seperti suratkhabar telah hilang kredibiliti dan keyakinan. Justeru orangramai beralih kepada internet
Wednesday, September 15, 2010
fungsi lagu dalam mempengaruhi hari raya aidilfitri
Pelik...mengapa perasaan girang itu muncul setelah mendengar lagu tersebut..
Ermmm..apabila kita perhatikan fenomena sosial yang berlaku melibatkan kemeriahan memang kita tidak menolak kebenaran bahawa lagu mampu mempengaruhi kemeriahan dan kegirangan hari raya yan ceria..
Mengapa saya memilih lagu sebagai medium?
kita akan menjawab persoalan tersebut bersama...
Friday, August 27, 2010
Thursday, August 26, 2010
DEFINISI MEDIA
Media merupakan perantara mekanikal yang mengandungi, menyimpan dan menyampaikan mesej.
Media massa juga merangkumi institusi yang menggunakan perantara tersebut untuk menyalurkan mesej.
- Media terdiri daripada dua bahagian iaitu media massa dan media elektronik.
- Media massa merangkumi surat khabar, majalah, buku-buku dan seumpamanya.
- Media elektronik pula merangkumi, radio, television, rakaman, dan komputer.
DEFINISI BUDAYA
- Definisi budaya menurut Kamus dewan merujuk kepada kemantapan cara berfikir, kelakuan dan seumpamanya.
- Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi, ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
- Budaya terbahagi kepada dua:
:Budaya kebendaan-peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu,senjata dan seumpamanya.
:Bukan kebendaan-orang Melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo.
- Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat contohnya , perkahwinan masyarakat Melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan. Manakala bagi masyarakarat India, pihak perempuan yang memberi hantaran kepada pihak lelaki.
- Dalam hal ini, budaya tidak akan wujud jika tidak ada masyarakat, budaya diamalkan dari genarasi ke generasi( melalui proses menurunkan budaya dan menerima budaya)
DEFINISI MASYARAKAT
- Definisi masyarakat merujuk kepada kumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
- Anggota sesebuah masyarakat adalah terdiri daripada individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil.
- Apabila wujud anggota tersebut, wujud hubungan yang erat antara satu sama lain. Terutamanya melalui hubungan bersemuka, contohnya dalam kegiatan bergotong-royong menyambut sesuatu perayaan secara bersama-sama, menghadiri majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka dan sebagainya.
- Kekerapan pergaulan ini mampu membina perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, khususnya di Malaysia.
Monday, August 9, 2010
Saturday, August 7, 2010
Thursday, August 5, 2010
Utusan Melayu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Utusan Melayu | |
---|---|
Jenis | Surat khabar mingguan Isnin |
Format | Pencetakan |
Pemilik | Kumpulan Utusan |
Penerbit | Kumpulan Utusan |
Diasaskan | |
Kecenderungan politik | Pro-kerajaaan |
Bahasa | Melayu |
Ibu pejabat | 46M, Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur, Malaysia (as of 2005). |
Edaran | 256,247 *Sumber: Audit Bureau of Circulations, 2004 |
Laman web: |
Utusan Melayu merupakan sebuah surat khabar yang diedarkan di Malaysia. Ia berformatkan tulisan jawi. Akhbar ini merupakan sisipan akhbar nasional bagi Utusan Malaysia yang diedarkan setiap hari Isnin. Kandungan yang terdapat di dalam akhbar ini adalah bercirikan berita semasa dalam dan luar negeri, pendidikan jawi, cerpen, hiburan, dan sukan.
Berita Harian
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Berita Harian | |
---|---|
Jenis | Akhbar harian |
Format | Terbitan lebar sehelai |
Pemilik | Media Prima Berhad |
Penerbit | Berita Harian Sdn. Bhd. |
Penyunting | Badrulhisham Othman & Azizi Othman |
Diasaskan | 1 Julai1957 |
Ibu pejabat | Balai Berita 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur |
Laman web: www.bharian.com.my |
Berita Harian ialah sebuah akhbar utama berbahasa Melayu di Malaysia. Ia diasaskan pada 1 Julai 1957, tahun yang sama Malaysia mencapai kemerdekaan.[1] Bagi surat khabar keluaran hari Ahad diberi nama Berita Minggu.
Audit Bureau of Circulation (ABC) dari 1 Julai 2004 hingga 30 Jun 2005 yang mempunyai 231,163 edaran. Sementara surat khabar lain, Berita Minggu mencapai 358,054 edaran.
Berita Harian juga merupakan nama kepada akhbar tidak berkaitan bahasa Melayu di Singapura. Ia dijual pada harga S$0.50. Edisi Singapura bagi Berita Harian diubahsuai melalui format dan halaman kulit.
[sunting] Lihat juga
[sunting] Rujukan
- ↑ Latar Belakang Berita Harian.
[sunting] Pautan luar
|